Doa seorang ibu pastinya penting buat anak-anak dalam melakukan segala hal sekalipun kerana doa para ibu adalah yang paling mustajab.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Segan Sebenarnya Dengan Gelaran Biduanita, Panggil Sahaja Siti Macam Biasa’ – Siti Nurhaliza
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dedah Siti Nurhaliza Menginap Di Hotel Mewah Dubai Berharga RM30k Satu Malam – ‘Hotel Tu Pernah Bayar Beyonce RM108 Juta Buat Konsert’
Mohon doa ibu
@sitizoner #fyp ? bunyi asal – Sitizoner
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraih perhatian netizen dengan rahsia kejayaannya yang memohon doa ibu setiap kali sebelum mula persembahan.
Pada perkongsian itu, Siti atau mesra disapa Tok Ti dilihat menghubungi ibunya sebelum naik ke pentas.
Mak, concert nak mula dah.
Mak doakan Siti ya.
Kunci kejayaan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap penyanyi nombor satu negara itu yang tidak meletakkan ibunya di belakang sekali gus menjadi kunci kejayaan walau di mana sahaja dia berada.
Sumber: TikTok sitizoner, Instagram ctdk