Lagu ‘Masing-masing’ yang ditulis oleh Ade Govinda dan dinyanyikan oleh penyanyi hebat, Ernie Zakri menjadi fenomena sejurus dirilis di semua platform.
Terbaharu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat bersama Ade Govinda di studio rakaman.
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Tawan Indonesia Dengan ‘Masing Masing’
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Syukur Dianugerahkan Gelaran Biduanita Negara – ‘Amanah Untuk Saya Terus Memartabatkan Seni Muzik’
The legend
@adenurulianto Sangat menyenangkan bisa membawakan lagu Masing Masing bersama the living legend Dato Siti Nurhalizah ? #DatoSitiNurhaliza #MasingMasing #MasingMasingCover ? suara asli – Ade Govinda
Menerusi hantaran di TikTok, komposer dan gitaris kumpulan terkenal Indonesia, Ade Govinda dilihat bersama Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti sambil mendendangkan lagu ‘Masing-Masing’.
Sangat menyenangkan dapat membawa lagu Masing-Masing bersama the living legend Dato Siti Nurhaliza.
Reaksi netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan suara Biduanita Negara itu yang bernyanyi dengan caranya yang tersendiri.
Sumber: TikTok Ade Govinda