Penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa teruja apabila dijemput untuk menghadiri filem biografi ‘All Access To Rossa 25 Shining Years di ibu kota, semalam.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Syukur Tersenarai Dalam Top 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia Untuk 10 Tahun Berturut – ‘Satu Penghargaan Atas Usaha Untuk Agama’
Artikel Berkaitan: Kongsi Video ‘Shooting’ Dengan Siti Nurhaliza, Netizen Beri Pesanan Kepada Fadlan Hazim – ‘Baik-Baik Bang, Kesayangan Kami Tu’
Perlu ditonton
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Siti berkata, filem biografi seperti ini perlu ditonton oleh seluruh peminat seni tanah air termasuk anak seni.
Saya melihat ini sebagai satu biografi yang patut ditonton oleh seluruh peminat seni tanah air, malah anak-anak seni kena tengok juga. Biasanya, biografi ini akan dibuat apabila orang itu sudah tiada. Tapi sekarang tidak. Artis antarabangsa dan ramai lagi yang dah buat dokumentari semasa mereka masih ada. Jalan cerita dan sumber lebih diperakui.
Tambah Siti, usaha yang dilakukan oleh Rossa untuk menayangkan filem biografi tersebut di Malaysia sangat bagus.
Usaha ini sangat bagus sebab dia ada peminat dekat seni. Jadi seorang anak seni bukan mudah dan kami dah lalui banyak cabaran dan dugaan.
Berbicara lebih lanjut, Siti mengakui bahawa menjadi seorang anak seni bukanlah mudah kerana perlu menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan.
Saya hampir 30 tahun dalam industri. Dokumentari ni ada banyak. Saya teruja nak tengok Rossa punya dokumentari sebab nak tahu kehidupan dia sebagai anak seni dan seorang wanita. Mungkin boleh dapat inspirasi. Saya tengah kumpul idea sempena 30 tahun saya dalam industri. Bahan semua dah kumpul. Setiap orang pasti berbeza.
Di akhir temu bual, Siti mengucapkan tahniah buat Rossa di atas pelancaran filem biografinya semalam.
Video
@ohbulanofficial Wow Tokti bagi hint part last tu? ???#ohbulan #fyp #news #dato #sitinurhaliza #teruja #filem #rossa #biografi