berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Tetap Dengan Pendirian Tidak Akan Sertai AJL

August 5th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap dengan pendiriannya untuk tidak lagi mengambil bahagian dalam pertandingan berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Suara TokTi Ambil Masa Untuk Sembuh, Dia Tak Akan Boleh Sihat 100%’

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Nafi Keluar Kenyataan Lagu Album ‘Sitism’ Tak Sedap

Zaman dah berlalu

Siti Nurhaliza

Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Taruddin, 44, berkata dia sudah pun melalui zaman di mana pelbagai pertandingan telah disertai.

Justeru, Siti menjelaskan dirinya kini lebih selesa menghasilkan karya untuk menghiburkan peminat.

Tiada niat untuk bertanding semula. Minta maaf banyak-banyak. Memang tidak akan.

Saya rasa ketika ini saya hasilkan karya hanya untuk terus hiburkan peminat sahaja.

Saya dah melalui zaman menyertai pelbagai anugerah dan pertandingan sebelum ini, dah rasa nikmat seronok itu.

Siti berkata demikian ketika menjadi tetamu di konti Kool 101 FM bagi mempromosikan album terbaharunya berjudul Sitism.

Sesi temu bual tersebut kemudian dirakam dan dimuat naik di laman TikTok oleh seorang pengguna.

Untuk rekod, Siti pernah memenangi AJL sebanyak tiga kali menerusi lagu Jerat Percintaan, Cindai dan Balqis.

Video

@m.s.zone Rindu nak tengok Siti Nurhaliza bertanding di pentas AJL? Ini jawapan Siti. Video kredit: Kool101 #fyp? #sitinurhaliza #sitism #ajl ? original sound – ??

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×