Ibu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Salmah Bachik menyambut ulang tahun kelahiran pada 31 Disember.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Bekerja Dengan Banyak Artis, Tapi Saya Rasa Dia Paling Humble’ – Chaan
Artikel Berkaitan: Ramai Kecewa Tak Dapat Tiket Konsert Tok Ti Sampai Telefon Datuk K – ‘Saya & Team Tengah Berusaha Tambah Seat’
Birthday Mak Salmah
Bersempena dengan hari bermakna itu, Siti menerusi hantaran di TikTok menulis ucapan istimewa buat ibu tercinta.
Siti menyifatkan ibunya seorang wanita yang hebat dan amat mengagumi peribadinya.
31 Disember lahirlah bidadari syurga yang sangat saya sayangi. Selamat hari lahir mak Salmah.
Mak wanita hebat, mak wanita soleha dan selalu menjadi idola Siti. Tegas dalam lembut, baik budi pekerti, tinggi adabnya dan pemurah serta sentiasa bersangka baik. Itulah sikap mak Salmah.
Sentiasa nak senangkan orang lain, sebab itu Allah berikan kebaikan kepada mak.
Dalam perkongsian sama, pelantun lagu Purnama Merindu itu turut mendoakan kesejahteraan buat ibunya.
Semoga Allah S.W.T beri iman, kesihatan dan rezeki melimpah ruah buat mak agar dapat buat amal jariah ye mak, sayang mak tiada bandingan.
Sementara itu, penyanyi berusia 44 tahun itu turut memuat naik sepotong video merakamkan momen manis bersama ibunya.
Dalam pada itu, ruangan balas dihujani dengan ucapan selamat ulang tahun daripada wargamaya buat ibu penyanyi kesayangan ramai itu.
Video
@toktitiktok31 December lahirlah bidadari syurga yang sangat saya sayangi.. Selamat hari lahir Mak Salmah . Mak wanita hebat, Mak wanita soleha dan selalu menjadi idola Siti Mak.. Tegas dalam lembut , baik budi pekerti, tinggi adabnya dan pemurah serta sentiasa bersangka baik.. itulah sikap Mak Salmah.. Sentiasa nak senangkan orang lain , sebab itu Allah swt berikan kebaikan kepada Mak .. Semoga Allah Swt beri iman, kesihatan & rezeki melimpah ruah buat Mak agar Mak dapat buat amal jariah ye Mak.. Sayang Mak tiada bandingan? original sound – Siti Nurhaliza
Sumber: TikTok