Isteri kepada pempengaruh Andika Putera iaitu Dr Amalina Aiza terpegun apabila berpeluang bertemu dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza secara empat mata.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Akhiri Zaman Duda, Pilih Untuk Tidak Dedah Wajah Isteri – ‘Permulaan Baru & Kebahagiaan Yang Tidak Berkesudahan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Segan Sebenarnya Dengan Gelaran Biduanita, Panggil Sahaja Siti Macam Biasa’ – Siti Nurhaliza
Selamat pengantin baru
@amalinaaizaaI accidently nudged Dato’ Siti and she apologized to me, for a moment i was tooo stunned to say sorry back because it’s Dato Siti y’all. i mean aaaaaahhh i adore her so muchh that i was gaping at it, lost for words ?? original sound – Amalina Aiza
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Andika atau nama lengkapnya Muhamad Andika Putera dilihat memperkenalkan isterinya kepada Siti Nurhaliza semasa menghadiri majlis pelancaran usahawan Asyraf Khalid.
Dr Amalina yang merupakan peminat Siti berasa teruja dapat berjumpa sehinggakan hilang kata-kata.
Saya tersenggol Datuk Siti secara tidak sengaja.
Dia mintak maaf pada saya, tapi ketika itu saya terlalu terkejut untuk meminta maaf semula.
Saya sangat menyukai Datuk Siti sehingga tak mampu berkata apa-apa.
Apa yang lebih menarik, penyanyi nombor satu negara tersebut sempat mengucapkan tahniah atas perkahwinan Andika dan isterinya.
Sumber: TikTok @Amalina Aiza