berita

[VIDEO] Solat Dalam Kereta Pun Kena Kecam….

April 26th, 2018 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Sejak kebelakangan ini, nama Fathia Latiff sering terpalit dengan pelbagai kontroversi hangat. Bermula dengan muncul live di Bigo, Fathia menjadi tumpuan apabila terlalu lantang menyuarakan pendapat di laman sosial.

Terbaru, netizen mempersoalkan pula mengenai solat yang dikerjakan Fathia ketika berada di dalam kereta. Video yang dimuatnaik seorang individu di Instagram itu mencetuskan pelbagai kecaman ditambah pula Fathia ketika itu dalam keadaan bersolek.

Waktu dah nak habis, jalan jem

 

Disebabkan jalan sesak dan waktu solat sudah nak habis, Fathia mengambil keputusan untuk solat didalam kereta sahaja. Namun, di ruangan komen ramai yang mempersoalkan tindakannya itu memandangkan kemungkinan terdapat surau di kawasan berdekatan.

Walaubagaimanapun, ketika ditemuramah Kosmo!, Fathia memberi respon solat yang dikerjakannya itu sebagai urusannya dengan Allah. Malah, dia sendiri tidak tahu aksinya dirakam.

Saya kerjakan solat kerana Allah dan saya tidak tahu aksi saya dirakam.

Pertama kali tengok orang solat dalam kereta

Petrol pam ada, surau ada

Harap air wuduk sah

Sumber : Kosmo Online , ridzokumura

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×