Ikon e-Sukan negara iaitu Soloz berharap agar kisah hidupnya yang difilemkan menerusi filem ‘Soloz: Game Of Life’ dapat dijadikan contoh oleh generasi masa kini.
Artikel Berkaitan: Main Game Boleh Beli Mustang, Gamers Pergi Ambil Kereta Pakai Selipar Je!
Realiti sebenar dunia e-Sukan
Ketika ditemui OhBulan!, Soloz atau nama sebenarnya Muhammad Faris Zakaria berkata dia banyak menerima hantaran mesej dan e-mail daripada ibu bapa yang memintanya untuk menasihati anak-anak mereka yang cenderung untuk bermain ‘game’.
Boleh dikatakan ramai anak muda menjadikan saya sebagai ikon e-Sukan mereka sehinggakan ada yang cakap dengan mak ayah yang mereka tak nak belajar. Sebab main game macam saya pun boleh berjaya.
Selepas itu saya dapat banyak e-mail dari ibu ayah yang meminta saya menasihati anak-anak mereka.
Justeru, Soloz berharap agar filem yang dihasilkan ini dapat memberikan mesej kepada generasi muda tentang realiti sebenar dunia e-Sukan.
Bila saya cakap perkara ini kepada Syafiq, dia kata kisah ini akan ada manfaatnya kalau dijadikan filem dan diceritakan balik.
Dengan terhasilnya filem ini saya harap ia boleh menyampaikan mesej dan menjadi inspirasi buat semua.
Soloz berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana filem tersebut yang diadakan di GSC, The Starling pada Isnin.
Tak nak masukkan ‘scene’ beli Mustang
Bercakap mengenai filem, Soloz memaklumkan dia meletakkan syarat kepada pengarah untuk tidak menjadikan momen dirinya membeli kereta mewah jenis Ford Mustang pada 2020 sebagai salah satu babak dalam filem tersebut.
Saya takut generasi masa kini ‘gunakan’ benda itu, tunjukkan pada ibu ayah mereka dan kata yang main ‘game’ macam saya pun boleh berjaya dan beli macam-macam. Tak nak macam itu, bahaya.
Saya nak ibu ayah di luar sana tahu yang nak berjaya dalam ‘game’ kena menang banyak pertandingan, tak semudah yang disangka.
Hujungnya kita tahu yang main ‘game’ ini adalah sekadar untuk hilangkan bosan saja.
Dalam pada itu, ikon e-Sukan berusia 31 tahun menitipkan pesanan kepada generasi masa kini untuk menyambung pelajaran demi kelangsungan hidup.
Bagi saya pendidikan masih penting dan saya tak nak generasi masa kini menjadikan kejayaan saya ini sebab untuk tidak sambung belajar.
Generasi masa kini hanya nak mudah saja. Bila mereka nampak yang main ‘game’ boleh buat duit, terus mereka nak main ‘game’.
Bila mereka nak jadi macam saya sebab boleh beli macam-macam dengan main game, saya cakap, ‘Saya pun belajar juga dan korang perlukan ilmu pengetahuan untuk kelangsungan hidup’.
Sekurang-kurangnya bila ada pelajaran dan pendidikan, mereka ada asas untuk meneruskan kehidupan. Daripada diorang memperjudikan hidup dengan main ‘game’ semata, adalah bagus mereka pentingkan kehidupan.
Main ‘game’ ini macam main bola sepak juga, dalam 100 orang tak semua akan berjaya.
Filem Soloz: Game Of Life
Filem ‘Soloz: Game Of Life’ ini mengangkat kisah benar mengenai perjalanan hidup serta jerih-perih Soloz sebelum bergelar ikon e-Sukan negara.
Filem yang mendapat sentuhan pengarah hebat, Syafiq Yusof ini dibintangi pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Noki K-Clique, Syafie Naswip, Hafeez Mikail dan ramai lagi.
Jangan lupa lepaskan peluang untuk saksikan filem ‘Soloz: Game Of Life’ di pawagam berdekatan anda bermula 23 Januari ini.