Pandemik COVID 19 ni banyak merubah hidup kita. Kalau dulu kita boleh pergi bekerja, keluar makan ramai-ramai dekat restoran, lepak dengan kawan-kawan dekat mamak, balik kampung melawat parents dan lakukan macam-macam lagi aktiviti.
Tapi sejak tahun 2020 dan 2021 semua aktiviti kita sudah terbatas. Kita disuruh stay at home, stay safe, tak boleh ke sana ke sini. Kadang tu stress betul sebab rasa terkurung, hidup pun dah tak seceria dulu.
Haaa… jangan risau admin ada jalan untuk korang rasa ceria sepanjang masa. Jomlah tengok video dekat bawah ni dulu!
Bebaskan Keceriaaanmu
Kalau hidup korang sunyi dan tak ceria apa kata korang meriahkan dengan Pocky!
Share Happiness With Pocky!
Pocky adalah perfect snack yang patut dikongsikan bersama, buka saja kotak Pocky, share dengan orang sekeliling dan perhatikan senyuman dan kebahagian mereka. Pasti korang pun akan turut bahagia.
Kombinasi antara biskut stick yang crunchy dan krim coklat premium dapat membangkitkan lagi rasa yang sangat enak. Kalau nak lagi sedap, korang boleh makan Pocky ni dengan ais krim atau dessert lain. Korang akan rasai kebahagiaan yang lebih, bila nikmatinya bersama rakan-rakan, ahli keluarga, atau sesiapa sahaja pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Pocky juga ada banyak flavour lain, antaranya ialah cookies and cream, coklat, strawberi, matcha dan chocolate banana. Favourite admin mestilah cookies and cream! Rasa yang sedap dan berlemak sekelip mata saja admin boleh habiskan dalam 5 kotak tau!
Sempena Hari Merdeka ini, Pocky mengajak korang menyertai satu peraduan Bina Dan Menang Bersama Pocky. Korang kena bina bangunan dan mercu tanda Malaysia menggunakan stik Pocky!
Korang boleh bina KLCC, Pintasan Saloma, Tugu Negara atau apa-apa sahaja yang berkaitan bangunan mercu tanda Malaysia. Banyak hadiah yang best tau, antaranya Ipad Pro, Airpods dan macam-macam lagi lah!
Jom ikuti langkah-langkah ini untuk menyertai:
1. Pilih satu bangunan atau mercu tanda Malaysia untuk dibina
2. Bina bangunan atau mercu tanda tersebut menggunakan stik Pocky (tiada had)
3. Pos gambar binaan anda di Facebook Pocky Malaysia atau Instagram dan tag kami di @pockymalaysia
4. Nantikan pengumuman kami!
Haa apa korang tunggu lagi, dapatkan segera Pocky dan kongsikan binaan korang untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan. Jangan lupa ajak kawan-kawan untuk join sekali tau!
Di kesempatan ini juga, Pocky ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke 64 tahun! Bebaskan Keceriaan Anda, kekal selamat dan duduk di rumah dengan Pocky!
Untuk maklumat lanjut layari website Pocky.