![[VIDEO] Studio Fotografi Guna Gambar Raya Untuk Iklan, Kieda Crepe Terima Baik Permohonan Maaf – ‘Mereka Ambil Tanggungjawab’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/kieda-crepe-1.jpg)
Usahawan Kieda Crepe memuji sikap bertanggungjawab pemilik studio fotografi selepas dia menyuarakan rasa kesal kerana gambar keluarga digunakan untuk tujuan iklan selain tidak berpuas hati dengan hasil foto yang diambil.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Bangga Tayang Dalam Live, Saya Perut Besar Pun Usaha Puasa’ – Kieda Crepe
Artikel Berkaitan: Perkongsian Bersalin Tanpa Jahitan Jadi Bahan Usikan, Kieda Crepe Berang Netizen Label ‘Karipap Luas’
Studio fotografi mohon maaf kepada Kieda Crepe
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra mendedahkan bahawa dia telah dihubungi oleh pemilik studio berkenaan selepas isu tersebut tular.
Menurut Kieda, pihak studio telah bertindak memadam hantaran yang menggunakan gambar keluarganya untuk mempromosikan servis mereka sempena Aidilfitri.
Untuk gambar saya yang digunakan untuk iklan di media sosial, dia akan turunkan semua.
Saya beritahu dia gambar tersebut belum digunakan lagi, lalu dia meminta maaf.
Saya pun tak ada masalah kalau orang berbudi, saya pun akan berbahasa.
Saya tak minta disanjung atau kekwat..saya suka tolong bisnes orang lain tapi tak suka bila orang ambil kesempatan di atas kebaikan.
Selain itu, pihak studio juga mengambil tanggungjawab susulan isu penyuntingan foto keluarga kakak ipar Kieda yang didakwa kurang memuaskan.
Saya juga sudah turunkan hantaran berkenaan berbezaan dari segi editing untuk gambar studio keluarga saya dengan keluarga kakak ipar saya.
Sebenarnya saya faham, apabila jadi begini sebagai pemilik perniagaan pastinya kita sudah melakukan yang terbaik tetapi orang bawahan kita yang mungkin bermasalah.
Jurugambar yang tangkap gambar kakak ipar saya itu orang lain dan bukanlah pemilik studio, manakala yang edit gambar pula pelatih industri.
Tetapi mereka ambil bertanggungjawab untuk edit semula malah jika perlu mereka akan kembalikan wang.
Terdahulu, Kieda meluahkan rasa kecewa susulan gambar keluarga yang diambil sempena Hari Raya didakwa telah diguna pihak studio berkenaan untuk diiklankan.
Sumber: Threads








