Pelakon jelita, Wanna Ali mendedahkan suaminya iaitu Khairul Amri Tan Sri Datuk Sri Khalid begitu terbuka dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Artikel Berkaitan: Wanna Ali Sah Bergelar Isteri, Terima Mas Kahwin 10 Dinar Emas & Sebentuk Cincin
Tetap ada batasan
Walau bagaimanapun, suaminya tetap meletakkan batasan agar dirinya tidak melakonkan babak bersentuhan secara berlebihan.
Saya rasa, setiap suami yang sayangkan isteri dan menjaga keselamatan isterinya, akan buat seperti mana suami saya juga.
Suami saya tak kisah saya bekerja, cuma jangan bawa watak yang bersentuhan berlebihan. Saya pun isteri dia. Jadi, saya sangat memahami.
Wanna berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi tayangan Kempen Ramadan Raya ‘Indahkan Memori’ Media Prima yang diadakan di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur pada Isnin.
Bercakap mengenai kerjayanya sebagai pelakon, pemilik nama Nor Syazwana Mohd Ali ini berkata dia akan lebih memilih watak dan naskhah memandangkan dirinya kini sudah bergelar isteri.
Tambah Wanna, dia juga akan menjadi lebih selektif supaya tidak menjatuhkan martabat seorang wanita.
Rancangan saya, saya akan ambil tawaran yang jalan ceritanya sesuai. Sebelum ini, saya terima sahaja apa-apa tawaran lakonan sebab ini karier saya.
Tapi, sekarang saya rasa akan memilih dengan berhati-hati watak yang saya nak bawakan. Saya tak mahu bawa watak yang terlalu merendahkan wanita.
Contohnya, watak wanita simpanan, saya tak mahu buat. Saya rasa, saya akan ambil watak yang ada ‘women enpowerment’ dan saya rasa kuat bila bawakan. Saya rasa, saya akan lebih bijak memilih. Kalau karya seram dan sebagainya, okay lagi.
Terdahulu, Wanna dan Khairul selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup pada 9 Februari lalu.