Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, tampil memberi penjelasan dengan dakwaan lelaki ‘dayus’ yang disuarakan oleh penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin kerana membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dianggap ‘Dayus’ Biar Doktor Lelaki Tengok Kemaluan Isteri Masa Bersalin, Pendakwah Tanya Suami Tak Rasa Cemburu Ke?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Sedap Saja Yang Kamu Ambil!’ – Suami Ustazah Siti Afifah
Dalam berubat ada kadar
@ustazazharidrus SUAMI DAYUS BENARKAN ISTERI BERANAK DENGAN DOKTOR LELAKI? @Ustaz Azhar Idrus #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uaioriginal #fyp #fyp? #uai ? Calm Humming – Nasheed
Menerusi video di TikTok, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI menyatakan hukum haram boleh berubah dalam perubatan sekiranya darurat.
Kata UAI, tidak haram untuk isteri bersalin dengan doktor lelaki sekiranya tidak ada doktor perempuan kerana saat itu melibatkan dua nyawa penting iaitu ibu dan anak.
Dengar baik-baik. Hukum yang asal perempuan itu berubat dengan perempuan. Lelaki berubat dengan lelaki kerana masalah aurat. Sesama perempuan walaupun aurat haram melihat tetapi lebih berat jika berlainan jantina.
Tetapi dalam berubat dia ada kadar-kadarnya. Bila masuk sempadan darurat, apa yang haram diangkat sekejap. Allah sebut dalam al-Quran, ‘Barangsiapa yang masuk situasi yang tidak boleh lagi buat pilihan, bukan sengaja atau berlebih-lebihan, tidak berdosa.’
Asalnya, ‘Allah haramkan kamu makan bangkai, darah dan babi! Tetapi di padang pasir kamu kelaparan, tak jumpa (makanan) tetapi jumpa bangkai. Ada pilihan lain tak? Tak ada!
Keadaan darurat itu membolehkan apa yang tidak boleh. Jadi nak beranak, isteri mesti beranak dengan doktor perempuan. Tetapi jika tidak ada doktor perempuan hanya lelaki.. Sedangkan beranak itu kritikal, yang berkait dengan dua nyawa iaitu ibu dan anak dalam kandungan.
Oleh kerana tidak ada doktor perempuan, jadi ambil doktor lelaki maka tidak berdosa. Apa pula kata dayus? Tak haram! Yang haram bila ada doktor perempuan tetapi nak juga doktor lelaki yang selak kain isteri. Faham tak?
Orang cukup makan, mana nak cari duit?
Dalam pada itu, UAI berkata golongan berkemampuan sahaja boleh membayar kos hospital swasta yang boleh mencecah RM8,000 untuk sekali beranak.
Jelasnya lagi, bagi keluarga yang sekadar cukup makan, semestinya hospital kerajaan menjadi pilihan.
Orang yang ada duit, pergi dekat doktor perempuan di swasta. Dia boleh la (bayar), sekali beranak sampai RM7,000 hingga RM8,000. Kalau yang cukup-cukup makan, nak cari mana duit tu. Itu yang pergi hospital kerajaan.
Nasib baik dapat doktor perempuan, kalau tak lelaki.. Hukumnya harus kerana tidak ada pilihan!
Sebelum ini, Siti Afifah menyelar suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki selain melabel sebagai ‘dayus.’
Sumber: TikTok @ustazazharidrus