Penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin meluahkan rasa kurang senang terhadap suami yang sanggup membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran cahaya matanya sekaligus membiarkan aurat isteri terdedah.
Artikel Berkaitan: Sangkakan ‘Encik Perfect 10’, Isteri Kecewa Rupanya Suami Curang Dengan Ustazah.. Kantoi Sering Masuk Bilik
Tak takut dosa?
@sunnahtidakberbohong #doktorlelakisambutisteribersalin #sakitoperationsakitnyaselamanya #suamiwajibjagaisterioperationseumurhidupnyadenganbaik #sunnahtidakpernahberbohong ? bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin
Menerusi video Tiktok, Siti Afifah lantang bersuara dengan menyelar tindakan suami yang dianggap dayus.
Kata Siti Afifah, keputusan membiarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri tidak boleh diterima akal kerana berpendapat masih ramai doktor wanita yang dapat menguruskan wanita bersalin.
Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, marah! Kadangkala yang tak masuk akal, doktor lelaki.
Kalau kamu takut dosa dengan Allah esok, Dia tanya aurat isteri kamu tu tidak ada kemudaratan kerana ramai doktor wanita di luar sana.
Ramai doktor wanita (boleh sambut) bersalin, kenapa dibiarkan doktor lelaki juga yang nak sambut bini awak. Tengok ‘bawah’ bini awak tu.
Kumpul duit!
Siti Afifah turut mempersoalkan sama ada golongan suami langsung tidak berasa cemburu apabila doktor lelaki melihat aurat isteri.
Suami tak rasa cemburu ke biarkan lelaki lain tengok bawah isteri?
Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada rasa cemburu melihat lelaki lain lihat aurat isteri dia, bawah tempat rahsia hanya suami saja tahu.
Sebagai seorang suami, kamu ingat di dunia kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main.
Sehebat mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau bini (bayi) kamu disambut lelaki yang bukan suaminya.
Kamu dayus. Suami yang dayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya.
Dalam pada itu, Siti Afifah menggesa suami-suami untuk mengumpul duit bagi membayar kos bersalin di hospital swasta yang diangggarkan sekitar RM4,000 dan ke atas.
Bayarlah doktor swasta pun. Kalau kita tahu (kos bersalin) RM4,000. Isteri beranak sembilan bulan (lagi). Letak duit, simpan sedikit-sedikit. Berdoa kepada Allah Taala. Bayarlah doktor perempuan.
Mentang-mentang bukan kita yang beranak. Korang (lelaki) kalau sakit perut pun bising dan dah kecoh.
Video yang berdurasi 03:04 minit itu mendapat pelbagai respons dan komen daripada pengguna media sosial. Bagaimanapun, rata-ratanya tidak bersetuju dengan pandangan pendakwah tersebut.
Sumber: Tiktok @sunnahtidakberbohong