Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang atau Opai memberi teguran untuk tidak membiasakan diri bercerita atau mengumpat tentang orang lain.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Aliff Awang Dedah Sudah Tinggalkan Dunia Forex? – ‘Aku Dah Setahun Tak Buat Benda Bod*h Tu’
Artikel berkaitan: Fatin Afeefa Umum Berhenti Berlakon & Menyanyi, Hormat Permintaan Suami – ‘To Be A Better Muslim’
‘Boleh jatuh fitnah’
Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff memberitahu bercakap tentang seseorang di belakang mereka tidak mendatangkan perkara yang berfaedah.
Mengumpat maksudnya bukan setakat cerita buruk. Saya belajar satu benda yang agak penting yang mengumpat ni maksudnya kalau benda itu betul pun kita cakap pasal orang itu dan orang itu tak ada dalam kalangan bila tengah borak benda itu jatuh mengumpat.
Sekiranya orang itu tak ada contohnya saya tengah cakap pasal orang ini dengan orang lain. Contohnya benda yang kita borak ni tak betul itu jatuh fitnah.
Jadi kita perbetulkan diri kita, kita tak payah ambil tahu pasal orang dan borak pasal orang cuba belajar-belajar.
Di ruangan kapsyen, Aliff turut mengingatkan para suami untuk berpesan kepada pasangan masing-masing untuk tidak bercerita tentang kisah hidup orang lain.
Benda ni dah jadi normal sangat dalam kehidupan kita. Yelah kan, nak borak pasal diri sendiri apa je yang ada nak diborakkan? Hidup kita boring sangat! Kisah hidup orang lain lagi best.
Pada suami-suami terutamanya, jagalah isteri anda. Pesan pada mereka tiap hari bila nak jumpa kawan, jangan mengumpat atau gosip.
Pada diri sendiri pula, tak guna solat seribu rakaat pun setiap hari tapi ada sifat ini.
@aliff_awangBenda ni dah jadi normal sangat dalam kehidupan kita. Yelah kan, nak borak pasal diri snediri apa je yang ada nak diborakkan? Hidup kita boring sangat ! Kisah hidup orang lain lagi best. Pada suami suamj terutamanya, jagalah isteri anda. Pesan pada mereka tiap hari bila nak jumpa kawan, jangan mengumpat ! Gossip ! Pada diri sendiri pula, tak guna pun solat seribu rakaat pun hari hari tapi ada sifat ni. Kosong je tabung kita. Belajar belajar. Fikir, iman, amal? original sound Opai Alpiaw