berita

[VIDEO] Suami Isteri Nafi Tuduh Pemandu Lori ‘Mabuk’ – ‘Bukan Kami Sengaja Buat, Memang Bukan Salah Kami’

January 5th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, sepasang suami isteri tampil secara terbuka dengan menafikan tuduhan bahawa mereka merupakan perakam yang menuduh seorang pemandu lori berada dalam keadaan mabuk sehingga merempuh beberapa kenderaan yang diparkir di bahu jalan.

Artikel Berkaitan: ‘Awak Mabuk Ke?’ – Tengah Tahan Sakit, Driver Lori Dituduh Mabuk, Netizen Gesa Wanita Ini Mohon Maaf Kepada Keluarga Arwah

Tampil jelaskan perkara sebenar

Menerusi satu video yang dimuat naik, seorang lelaki yang merupakan pemilik akaun TikTok @mubarakkhan1535 memaklumkan bahawa mereka bukanlah perakam video kemalangan seperti yang didakwa sebaliknya dia dan isteri hanya berkongsi semula video yang diterima dari group WhatsApp.

Mengenai insiden gambar viral dari TikTok sebenarnya video itu dihantar dalam WhatsApp group, saya cuma upload sahaja. Saya tak ada kena mengena dengan kemalangan itu dan kereta yang kena langgar itu bukan kereta saya. Encik boleh bandingkan suara isteri saya dengan suara dalam video tu, memang tak kena mengena.

Sementara iu, wanita berkenaan meminta maaf kepada ahli keluarga mangsa dan merayu kepada orang ramai agar berhenti mengecam dirinya dan suami. Dalam kesempatan itu, dia sekali lagi menegaskan bahawa dia bukanlah individu yang merakam video tersebut.

Bukan saya dalam video tu dan suara perempuan tu orang lain, bukan saya ye. Bukan saya yang buat video tu semua. Kami dah buat laporan polis. Bukan kami sengaja buat, memang bukan salah kami. Kami cuma share sahaja.

Video

@mubarakkhan1535tolong tonton video sampai habis Dan meminta maaf sekali lagi? bunyi asal – mubarakkhan1535

Terdahulu viral sebuah video menunjukkan seorang pemandu lori dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk pemandu selepas melanggar beberapa kenderaan dan seorang wanita dalam nada marah menuduhnya mabuk ketika memandu. Salah seorang rakan mangsa menjelaskan rakannya itu terkena serangan jantung dan sudah meninggal dunia.

Sumber: mubarakkhan1535

SKIP THIS AD ×