Suami kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin iaitu Rushdi Ramli memberikan pendapat tentang perkahwinan antara ustaz dengan selebriti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Johan Masih Ada, Bukan Ini Yang Dia Nak Saya Buat’ – Nora Ariffin Pernah Lalui Fasa Sukar Dalam Hidup
Artikel Berkaitan: ‘Hanya Satu, Akan Ku Jaga Sebaik Mungkin’ – Nora Ariffin
Lihat kepada kebaikan
@sembangkopiahterbang Ustaz kahwin dengan artis.. #sembangkopiahterbang #langkastudio #podcastmalaysia #datuknoraariffin
Menerusi podcast Sembang Kopiah Terbang, Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya berkata dia sama sekali tidak pernah menyangka akan bertemu jodoh dengan penyanyi tersebut.
Kita kahwin kerana Allah SWT dan kita mengharapkan kebaikan disebalik perkahwinan itu.
Bila balik kepada isu kahwin artis, saya sebenarnya tidak pernah terfikir.
Ketika disoal tentang pernikahan dengan selebriti, Rushdi berpendapat bahawa tidak semua artis memberi pengaruh buruk kepada masyarakat malah ada yang boleh dijadikan contoh.
Kadang-kadang artis ada dia punya pengaruh dan impak yang sangat besar dalam masyarakat.
Maknanya orang-orang popular ini dia boleh menarik masyarakat ke arah kebaikan macam Alif Satar.
Kadang-kadang dengan disebabkan seseorang itu berkahwin dengan artis terkenal, pengaruh yang ada pada isteri itu jadi satu laluan untuk menarik masyarakat ke arah kebaikan.
Justeru itu, Rushdi berharap agar orang ramai tidak memandang serong terhadap mana-mana selebriti meskipun mereka daripada industri hiburan.
Janganlah kita asyik tengok kahwin dengan artis ni tak baguslah, negatif la..ini satu perbuatan yang tidak Islamik.
Untuk info, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Nora kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Rushdi yang juga merupakan sahabat baik arwah suaminya.
Sumber: TikTok Sembang Kopiah Terbang