Ujian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti berbeza. Namun, apa yang pasti segala ujian diuji mengikut kemampuan.
Kali ini, seorang suami kongsi kisah yang menimpa dirinya dan isteri ketika di hospital.
Artikel Berkaitan: Isa Isarb Bakal Bergelar ‘Daddy’, Umum Isteri Hamil 5 Bulan Lepas Alami Keguguran – ‘Dia Bagaikan Cahaya Baru Dalam Hidup Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Sedang Hamil? Ini Jawapan Hafidz Roshdi – ‘Orang Akan Nampak Sendiri Perubahan Tu’
Motor dicuri
@niechan0 #fyppppppppppppppppppppppp #Fyp ? suara asli – ahdanwahyudn_
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Aizat memberitahu dia menemani isterinya yang sedang hamil melakukan pemeriksaan di sebuah hospital.
Malang tidak berbau, Aizat mendakwa motosikal yang diboncengnya hilang dicuri.
Dari Subang ke Selayang dengan motosikal untuk follow up jantung isteri yang tengah mengandung.
Keluar dari hospital, motor dah hilang. Kena curi.
Kami terima ujian ini. Mungkin lahir zuriat malaikat kecil ini, rezeki kami luas.
Netizen kongsi nasib yang sama
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan ujian yang menimpa pasangan itu. Selain itu, terdapat warganet kongsi kisah yang sama apabila motosikal hilang dicuri di kawasan hospital.
Sumber: Men’s Health, TikTok Nur Aizat