Pempengaruh, Shaniena Natasya berkongsi momen menghiburkan mengenai suaminya, Choudhry Wasim di TikTok.
Artikel Berkaitan: ‘Anak Suami Aku Tetap Nombor Satu..Sebab Dia, Aku Faham Tanggungjawab Seorang Ibu’ – Shaniena Natasya
Terkejut harga ‘Crocs beat’ mahal
@shanienanatasyaaaa??penat la org tua ni. Org nak pakai croc dia pun nak croc !!!? original sound – SHANIENA NATASYAAAA
Menerusi perkongsian yang dibuat, dapat dilihat Choudhry sedang berdiri sambil melihat ke arah resit pembelian sebuah selipar berjenama di sebuah pusat membeli belah.
Choudhry yang kemudiannya tersedar dirinya dirakam Shaniena mempertikaikan harga perhiasan selipar yang telah dibelinya.
Apa yang mengarut ini? Kenapa harganya begitu mahal?
Baik saya beli di TikTok baru RM9.90.
Apa yang menghiburkan ialah, Choudhry sempat berseloroh meminta Shaniena untuk tidak membuka selipar tersebut dan memakainya selama 24 jam.
Pastikan awak memakainya selama 24 jam dan jangan buka-buka.
Tidur pun pakai.
Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur melihat reaksi Choudhry.
Komen netizen
Sumber: TikTok