Curang adalah antara konflik dan penyebab keretakan dalam rumah tangga selain kehadiran orang ketiga yang ternyata menggugat keharmonian antara suami isteri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rumah Tangga Retak Menanti Belah, Adakah Boleh Dedah Aib Suami Atau Isteri? Ustaz Azhar Idrus Beri Penerangan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Beza Nafkah Dengan Perbelanjaan Keperluan Dapur? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Pandangan ustaz
@innaakhafullah Allah maha pengampun maha penyayang…Sebaik baik tempat untuk kita bercerita adalah hanya pada Allah #innaakhafullah #sahamakhirat #hijrah #istiqomah #ilmu #viral #reminderislamic #fyp #bismillahfyp #agama #malaysiaindonesia #dakwah #muhasabahdiri #ceramah #ustazazharidrus
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, seorang individu bertanya pandangan pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus, sama ada dia perlu berterus terang atau tidak kepada isterinya selepas bertaubat dari curang.
Saya pernah curang terhadap isteri saya dan dia tidak mengetahuinya.
Setelah saya bertaubat, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu curang lagi. Jadi, perlukah saya beritahu isteri?
Mengadu pada Allah
Menurut Ustaz Azhar, tiada keperluan untuk memberitahu isteri tentang perkara tersebut dan sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada Allah SWT.
Bila sudah bertaubat, jangan cerita pada isteri. Ceritalah kepada ‘yang menyimpan rahsia’ iaitu Allah. Allah suka kita mengadu.
Ini tidak, kita pula suka tulis di Facebook konon nak dapat simpati.
Dalam masa yang sama, pendakwah tersebut juga mengingatkan tentang kepentingan bertaubat dari khilaf yang pernah dilakukan.
Allah tak hairan kalau banyak dosa, tapi Allah hairan mengapa kita tak bertaubat kerana Allah maha pengampun.
Sumber: TikTok