Selepas sekian lama mendiamkan diri, Syahnaz Sadiqah dan suami, Jeje Govinda, akhirnya membuka mulut mengenai kontroversi curang yang melibatkan aktor kacak, Rendy Kjaernett.
Artikel Berkaitan: Pelakon Mengaku Tatu Di Belakang Badan Muka Adik Raffi Ahmad, Cacah Sebab Sakit Hati Dengan Isteri
Artikel Berkaitan: Tersebar Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Terkenal Bersama Suami Orang, Netizen Cakap Macam Edit Je
Dah menyesal
Memetik laporan Liputan6, pasangan yang berkahwin pada 2018 itu tidak menafikan berita hubungan sulit yang dijalin antara Syahnaz dan Rendy.
Menurut Jeje, dia mengambil keputusan untuk menyepi seketika kerana ingin menyelesaikan ketegangan itu bersama Syahnaz terlebih dahulu.
Manakala, Syahnaz yang sedang menahan kesedihan memohon maaf kerana telah berlaku curang terhadap Jeje. Kata Syahnaz, dia beruntung apabila dikurniakan seorang suami yang kekal setia di sampingnya meskipun dia sudah ‘buat hal.’
Sangat menyesal dengan apa yang berlaku. Mungkin saya tidak menghargai dan tidak berasa bersyukur. Saya telah dikurniakan keluarga dan suami yang baik.
Terima kasih setia
Selain itu, Syahnaz turut memohon maaf diikuti dengan ucapan terima kasih kepada Jeje kerana memilih untuk bersama di saat dirinya sedang dikecam.
Tiada kata lain selain kesal, maaf dan terima kasih. Terima kasih kerana tidak meninggalkan saya. Susah senang kita sentiasa bersama.
Dalam pada itu, aktres berumur 30 tahun berjanji akan menjadi seorang isteri dan ibu yang lebih baik pada masa akan datang.
Pada masa hadapan, saya akan belajar menjadi seorang isteri dan ibu yang lebih baik.
Di penghujung video tersebut, Shahnaz dan Jeje juga dilihat berpelukan.
Terdahulu, kisah curang Rendy dan Syahnaz viral selepas Lady Veronica Nayoan membongkar hal tersebut kepada umum.
Sumber: Liputan6