berita

[VIDEO] Suasana Cemas Gondola Berpusing Akibat Angin Kencang

February 23rd, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Beberapa pekerja berdepan detik cemas ketika berada di atas sebuah gondola yang terbuai dan berpusing-pusing untuk beberapa minit akibat angin kencang di luar sebuah bangunan pencakar langit di Jalan Kamuning, Petaling Jaya, Selangor.

Tidak berlaku sebarang kejadian buruk

Kejadian yang berlaku semalam itu dirakam orang ramai kemudian tular di media sosial itu membabitkan beberapa individu di dalam gondola yang dapat dilihat cuba untuk mengimbangkan diri ketika gondola sedang berpusing-pusing, serta turut menghentam struktur bangunan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menggerakkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan MERS999 pada pukul 3.56 petang. Namun, sebaik sahaja pasukan bomba tiba, kejadian sudah selesai tanpa berlaku sebarang kejadian buruk.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Junain Bahau berkata, sebaik sahaja bomba tiba di lokasi, wakil pemaju tapak pembinaan memaklumkan, mangsa yang tersangkut berjaya turun dengan sendiri bagi menyelamatkan diri.

Video penuh

SKIP THIS AD ×