berita

[VIDEO] Dah Setengah Jam Majlis Hari Jadi Anak Bermula, Ibu Sedih Satu Batang Hidung Tetamu Pun Tak Nampak!

June 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di TikTok, seorang ibu meluahkan rasa sedih apabila majlis hari jadi yang dirancang untuk anaknya tidak menjadi seperti yang diharapkan. Hal ini kerana, kesemua 22 orang tetamu yang dijemput hadir ke majlis berkenaan tidak munculkan diri. Sedihnya!

Seorang pun tak datang

@dawners86heart broken. ##heartbroken ##sosad ##hurt ##wow ##lonely ##poorguy ##sadboy ##birthday ##happybirthday ##omg ##cry? SAD – Instrumental – Nhím Stone

Kisah sedih itu dimuat naik oleh seorang wanita yang menggunakan nama @dawners86 menerusi satu video dalam aplikasi TikTok. Menurut Dawn, dia hanya menjemput 22 orang tetamu sahaja dan kesemua mereka terdiri daripada rakan anaknya. Namun begitu, tiada seorang pun yang hadir semasa majlis tersebut sedang berlangsung.

Sudah setengah jam majlis hari jadi JJ bermula, namun tiada seorang pun rakannya datang.

Lebih tersentuh, anaknya yang hanya mahu dikenali sebagai JJ ini dilihat bermain berseorangan di sebuah taman permainan bagi menghiburkan hatinya yang sedang sedih. Ujar Dawn, dia sengaja memilih taman permainan sebagai lokasi majlis memandangkan sekatan Covid-19 di kawasannya sudah dilonggarkan. Jadi, tiada alasan kenapa rakan-rakan JJ tidak dapat hadirkan diri.

Sampai hubungi rakan dan keluarga

@dawners86Reply to @hales1320 ##blessed ##birthday ##replytocomments ##helpothers ##childrenshospital ##donate? original sound – dawners

Video tersebut ternyata mendapat reaksi daripada pelagai pihak yang rata-ratanya sedih. Mereka yang tersentuh turut menyatakan hasrat ingin memberi hadiah hari jadi kepada JJ. Pada masa yang sama, Dawn turut menghubungi rakan dan ahli keluarganya untuk mengajak mereka hadir ke majlis hari jadi anaknya itu. Akhirnya, dua pasangan telah membawa anak masing-masing hadir ke majlis hari jadi JJ. Sebagai ibu, Dawn meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka.

Sumber: Dawners

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×