Ibu kepada penyanyi Ismail Izzani iaitu Suliza Salam berkongsi keadaan terkini anaknya susulan tular video dia terjatuh ketika membuat persembahan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ismail Izani Sedih Ibu Bapa Berpisah, Galas Tanggungjawab Anak Lelaki Tunggal – ‘Setiap Perkara Yang Berlaku Mesti Ada Sebabnya’
Artikel Berkaitan: Ismail Izzani ‘Menyepi’ Dua Tahun Untuk Tebus Momen Indah Dengan Keluarga – ‘Saya Mula Menyanyi Usia Muda, 17 Sudah Tinggal Sendiri’
Keadaan Ismail
@panashe.mutumha Minus infinity AURA points for him? #trendingvideo #rema #funnytiktok
Ketika dihubungi OhBulan!, penyanyi era 1980-an tersebut menjelaskan tentang insiden yang berlaku kepada cahaya matanya itu.
Menurut Suliza, pencahayaan di lokasi persembahan tersebut dan juga keadaan pentas berkemungkinan menjadi punca Ismail terjatuh.
Dia jatuh sebelum dia buat persembahan. Mungkin sebab pencahayaan di tempat itu.. dia silau dengan lampu.
Dia keluar dari langsir pentas dan langsir itu rupanya berada betul-betul di hadapan pentas.
Jadi dia tak perasan, dia melangkah dan terus jatuh ke bawah.
Dalam pada itu, difahamkan, tiada sesi raptai yang dilakukan oleh penyanyi berusia 24 tahun tersebut sebelum memulakan konsert.
Dia tak begitu familiar dengan tempat konsert itu dan mereka pun tak ada rehearsal sebelum membuat persembahan.
Tiada kecederaan berlaku
Walau bagaimanapun, Suliza mengucapkan rasa syukur kerana Ismail tidak mengalami sebarang kecederaan dan meneruskan aktiviti harianya seperti biasa.
Bila saya telefon dia, dia kata, ‘tak ada apalah mama, ianya sudah berlaku’.
Syukur Alhamdulillah dia berada di dalam keadaan yang sihat.
Saya pun belum sempat nak duduk dan bercerita panjang dengan Ismail lagi sebab dia sibuk tapi setakat ini dia keadaannya okay dan baik-baik sahaja, tak ada apa-apa yang berlaku.
Lagi pun pentas itu tidak terlalu tinggi, elok je dia melompat lepas itu.
Cuma mikrofon dia ada sedikit masalah sebab jatuh terhentak.
Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan pelantun lagu Iman itu terjatuh dari pentas semasa mengadakan persembahan pembukaan untuk konsert Rema Live In KL.
Konsert tersebut berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Oktober lalu.