Ketika tengok video ni, kami rasa ingin tersenyum tapi bercampur baur dengan rasa sebak dan sedih. Dalam video tersebut kelihatan seorang suami cuba berbual dengan isterinya yang semakin tenat di hospital. Selepas itu part dia menyanyikan lagu untuk isterinya tu buat kami sedih.
‘Saya cintakan awak, jaga diri awak..’
https://www.facebook.com/KarimKuKu/videos/10154208925431135/
Video tersebut telah ditonton lebih 3 juta di Facebook. Video tersebut telah dirakam sendiri oleh cucu kepada pasangan suami isteri tersebut. Si isteri yang sedang tenat untuk sering memberitahu pada suaminya supaya jaga diri dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan suaminya tu.
Disaat muzik dimainkan, si suami nyanyikan lagu kegemaran mereka dan disaat itu juga orang yang berada di bilik hospital tu menangis. Cinta sepanjang hayat..
Sumber: Facebook Karim Metwaly