Pelakon dan pengacara, Che Puan Syamim Farid berjaya mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video di akaun Instagram (IG) miliknya.
Artikel Berkaitan: Ajai Kekal Aktif Menjelang Usia 50 Tahun, Kongsi Rahsia Awet Muda
Patutlah cantik!
Menerusi rakaman video yang dikongsikan, Syamim dilihat sedang menikmati menu diet yang diberi nama ‘Tiffany’s plate‘. Menerusi pemerhatian OhBulan!, menu tersebut terdiri daripada pelbagai jenis sayuran termasuk sosej yang diperbuat berasaskan tumbuhan.
Pelakon ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ ini turut memberitahu bahawa dia boleh menikmati hidangan tersebut setiap hari.
Akhirnya saya dah cuba menu viral “tiffany’s plate”. Saya boleh makan setiap hari. Lagi sedap kalau makan dengan sambal belacan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen memberi pujian buat Syamim kerana mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran.
Netizen turut berkata, apa yang dimakan oleh Syamim itu merupakan petua dan rahsia buat dirinya untuk kekal cantik.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Syamim Farid