Pempengaruh media sosial, Syamimia tampil memuat naik sepotong video menyaksikan dia memberi ulasan berhubung komen negatif dan toksik yang dilemparkan netizen terhadapnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamimia Beli Peti Ais SMEG ‘Ori’ Selepas Menabung Dua Tahun, Netizen ‘Lawan’ Teka Harga
Artikel Berkaitan: ‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
Rating komen haters
Menerusi hantaran di TikTok, Syamimia memberi ‘rating’ kepada komen netizen yang antaranya mengkritik cara dia menjawab soalan ketika menjadi tetamu di saluran podcast bersama personaliti media sosial, Hazeman Huzir.
Hari ini kita nak main rating komen haters. Jangan ambil serius, kita nak santai saja di sini. Bermula dengan komen pertama dekat video podcast dengan Haze hari itu.
Suka hati saja dia mengata. Macam kenal lama tu. Untuk komen yang ini saya bagi 7 per 10. Dia tak faham style podcast yang santai, bahasa tak berlapik, soalan sentap, panas.
Haze cakap dekat saya, get ready eh kita tanya soalan tak berlapik, jangan sentap. Kita pun dah ready, dah steady dekat situ. Tengok-tengok netizen yang sentap.
Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut mengulas mengenai komen netizen pada video dia membuka atau ‘unboxing’ peti ais jenama SMEG.
Seorang ini dia datang dekat video peti ais saya. Dia komen yang toksik, dia bukanlah nak kena buruk-buruk perkataan tu baru nampak toksik.
Bukannya kena maki-maki, kena hina baru nampak toksik. Jadi, dia sindir, perli, membahan macam itu. Dia cakap tak boleh condem apa-apa fasal budak Syamimia, penjilat dia ramai, nanti kita kecam sekali.
Cukup pedas, cukup menyakitkan hati. 7 per 10 juga saya bagi. 3 markah kurang sebab dia kata saya ada penjilat. Sekarang ini yang tak follow saya pun dah boleh fikir dengan waras cyberbully itu apa.
Diorang pun geram dengan benda-benda yang remeh macam ini. Kita tak nak buka aib dia, kita buka yang dia sendiri buka aib dia. Dia dah block kita, jadi kita tutup dan decide untuk sembunyikan perangai buruk dia.
Dalam pada itu, Syamimia turut berkongsi tangkapan skrin layar komen daripada beberapa individu-individu yang dikenalinya dengan menyendir dirinya.
Yang ni komen saya bagi 9 per 10. Anna Farhana dan Ziana Khirana ini saya ingat dan kenal, dia ada komen di video peti ais. Komen yang toksik yang macam sindir, perli, macam terpaling bagus la. Kau buat salah, kau tolak orang itu lepas itu kau salahkan dia.
Video
@syamimia_Segmen khas malam minggu, Edisi Siasat.? original sound – Syamimia
Sumber: TikTok