berita

[VIDEO] ‘Syamsul Minta Diskaun Sangat Banyak’ – Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit

April 18th, 2023 | by Shahrin
Isu & Kontroversi

Pelakon, Puteri Sarah mendedahkan punca sebenar kegagalan proses lafaz cerai oleh suami, Syamsul Yusof yang sepatutnya berlangsung pada hari ini di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Perseketuan.

Artikel berkaitan: ‘Saya Tidak Ke Luar Negara, Beraya Di Sini’ – Puteri Sarah Liyana

Artikel berkaitan: ‘Ini Baju Saya Tiga Tahun Lepas’ – Syamsul Yusof

Artikel berkaitan: ‘Takdirkanlah Yang Terbaik Buat Puteri Sarah, Ampunkan Dosa Mereka Yang Runtuhkan Masjidnya’ – Patimah Ismail

Nafkah & saman keluarga Kazar

Menurut Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat, 38, punca tersebut adalah disebabkan Syamsul telah meminta pengurangan nafkah anak dan mutaah serta mohon menarik semula kes saman terhadap keluarga Kazar Saisi.

Dia telah menetapkan beberapa syarat untuk dia melepaskan saya dan saya tidak bersetuju. Pertama dia mahu saya tarik balik semula kes saman terhadap keluarga Ira Kazar. Saya tidak akan tarik kes! Untuk apa saya berjuang selama ini kalau saya tarik kes? No, saya akan teruskan.

Kedua, dia minta diskaun tuntutan nafkah anak-anak dan mutaah. Saya tidak mahu beritahu amaun sebab nanti memalukan. Syamsul minta diskaun yang sangat banyak dan pihak saya tidak setuju.

Sarah berkata demikian sejurus dia menjalani proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Perseketuan pada Selasa.

Difahamkan, Syamsul meminta pengurangan sebanyak 30 peratus bagi nafkah anak-anak dan 80 peratus bagi nafkah mutaah.

Nafkah tidak sampai jutaan ringgit

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, tuntutan nafkah yang dikemukakan kepada suaminya yang juga seorang pengarah tidak pun mencecah jutaan ringgit. Malah, dia akui Syamsul mampu untuk membayarnya.

Jangan takut, saya tidak minta pun harta sepencarian dengan dia, saya minta banyak kepada anak-anak. Kalau fasal anak-anak pun minta diskaun, this is to much! Saya akan terus lawan demi anak-anak.

Tuntutan saya tidak sampai sejuta ringgit pun. Jumlah kami sangat sikit. Saya tidak tahu alasan dia meminta diskuan.

Saya hari ini 50-50 puluh rasa dilepaskan, tetapi kalau melibatkan anak-anak sampai tahun 2030 saya sanggup lawan.

Saya minta jumlah demikian sebab saya tahu Syamsul mampu.

Tarikh baharu JKP

Sementara itu, peguam mewakili Puteri Sarah, Datuk Abidin Abdul Kadir berkata mahkamah telah menetapkan tarikh baharu bagi prosiding Jawatankuasa Pendamaian (JKP) pada 25 Mei depan.

Pihak defenden memaklumkan wujud kecacatan dalam proses JKP yang berlaku sebelum ini. Oleh itu, mereka minta satu JKP baru dilantik dan pihak saya bantah.

Demi keadilan itu, mahkamah telah memberikan satu tarikh untuk memanggil pegawai JKP untuk memberi penjelasan sebenar sebelum beliau membuat finding yang dikeluarkan.

Pihak kami tidak terima kerana itu semua adalah tektik untuk melambatkan proses penceraian. Apa pun mahkamah memberikan satu tarikh pendek pada 25 Mei untuk berbincang semula.

Terdahulu, proses lafaz cerai yang dijadualkan berlaku pada hari ini tertangguh disebabkan pihak mahkamah ingin mendapat penjelasan daripada pengerusi JKP pada perjumpaan depan.

@ohbulanofficial

Replying to @asmamakhtar Sarah tetap berjuang demi anak-anaknya

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×