Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi momen anak saudaranya, Safa Safeera ‘hilang’ ketika mereka meluangkan masa bersama-sama di sebuah pusat membeli-belah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pensil Baru Asah, Dia Pergi Test Dekat Anak Aku’ – Syatilla Melvin Kongsi Momen Jedda Cucuk Belakang Salama
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Letak Televisyen Di Tempat Yang Tinggi, Syatilla Melvin Mengaku Fobia Sebab Anak Pernah Ketuk Guna…
Pia tercicir masa main dekat taman permainan
@kekasihyou_ Replying to @azwa_syazwani 2 part 2 : pia hilang ..panjang lagi story ni? #syatillamelvin #syeriff #syidamelvin #themelvins #lawak #hilang ? original sound – Hanamieyzzz
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Syatilla atau nama lengkapnya Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin, 33, berkata ketika itu, dia membawa anak serta anak-anak saudaranya seramai tujuh orang ke taman permainan ‘indoor’ di sebuah pusat membeli-belah.
Kami ramai-ramai dekat situ, biasalah budak-budak bila dah seronok sangat mereka tak nak pegang tangan.
Dah beli tiket untuk enam orang, yang aku pun mula-mula tahu tujuh lepas tu pergi beli enam. Memang tak sedar, saya bayar untuk enam budak, dua dewasa.
Namun, dia akui langsung tidak menyedari anak kepada adiknya, Syida Melvin iaitu Safa Safeera atau lebih dikenali sebagai Pia tiada bersama mereka. Sehinggalah kira-kira 10 minit kemudian, anak sulung Syatilla iaitu Syeriv bertanya keberadaan Pia.
Dah buka kasut semua, tiba-tiba Syeriv tanya mana Pia. Dia yang sedar lepas tu baru perasan. Padahal sebelum tu dah buat video konten semua, tapi boleh tak perasan Pia tak ada.
Syeriv memang risau sangat, muka dia putih macam tak ada darah. Dia yang tak pakai kasut terus lari, jerit panggil Pia.
‘Nasib ada abang tu tolong’
@kekasihyou_ Replying to @AnesssssBudiman Ku blh bayang dh reaction n mimik muka pia ckp cmtu? #syatillamelvin #syidamelvin #lawak #pia #jedda #kekasih #lucu @SyatillaMelvin ? original sound – Hanamieyzzz
Bercerita dengan lebih lanjut, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada individu yang membawa Pia ke kaunter perkhidmatan.
Lepas itu, kami berpecah. Masa tu, saya pun mencari-cari dan kebetulan ada satu pasangan ni nampak saya macam mencari-cari. Mereka cakap Pia dekat bawah, pengawal dah bawa dekat kaunter reception.
Kami turun terus nampak Pia dekat kaunter tu. Tapi bila kami sampai tu, dia macam sebak.
Saya tanya dia, macam mana boleh pergi dekat Sukiya. Pia cakap ‘I ingat mak ngah nak makan dekat sini’. Rupanya masa dia naik tu, dia terus masuk kedai makan tu. Kedai tu memang depan taman permainan tu.
Sumber: TikTok