Dijemput menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci pastinya rezeki yang besar buat umat Islam terutama di usia muda.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Letak Televisyen Di Tempat Yang Tinggi, Syatilla Melvin Mengaku Fobia Sebab Anak Pernah Ketuk Guna…
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syatilla Melvin Kongsi Detik Cemas, Anak Saudara ‘Hilang’ Di Pusat Beli-Belah – ‘Masa Buat Konten Pun Tak Perasan Dia Tak Ada’
Teruja melihat Kaabah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pasangan selebriti, Syatilla dan Sam membawa dua cahaya matanya melihat Kaabah buat pertama kali ketika berada di Tanah Suci, Mekah.
Pada perkongsian tersebut, Syeriv dilihat memakai pakaian lengkap ihram manakala Sarima berpakaian labuh serta berhijab.
Mata anak-anak memandang Kaabah untuk pertama kali.
Tak sangka betul. Selalu mereka tengok secara langsung di televisyen, itu yang teruja sangat.
Rezeki anak-anak
Menjengah ke ruangan komen, ibu kepada pelakon filem ‘Sekali Lagi’, Khaty Fauziah meluahkan rasa syukur dengan keberadaan Sam sekeluarga di Tanah Suci. Selain itu, warganet turut mencemburui rezeki anak-anak pasangan itu yang dapat melihat Kaabah di usia yang muda.
@samtilla82Mata anak2 memandang kaabah utk pertama kali? allahu.. xsangka sungguh.. selalu diorg tgok live dekat tv, itu yg excited sgt tu??? Sad to Inspiring – Kyrylo Zaplotynskyi
Sumber: TikTok samtilla82