Tindakan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengambil berat terhadap waktu tidur penyanyi, Bella Astillah mengundang perhatian orang ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Kupas Udang Untuk Bella Astillah Bikin Ramai Cemburu – ‘Melting Betul Tengok Diorang Ni, Sweet!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bella Ni Comel, Saya Tak Tahu Pil Apa Dia Makan’ – Syed Saddiq
Wallpaper telefon
Menerusi video di TikTok, Saddiq menerangkan wallpaper telefon bimbit Bella telah ditukar kepada infografik peringatan berkaitan waktu tidur.
Ini handphone Bella, (wallpaper) ini adalah untuk mengingatkan supaya dia dapat tidur yang mencukupi.
Saddiq berkata dia boleh mengetahui sama ada Bella mendapat tidur yang cukup atau tidak.
Respons selamba yang diberikan oleh Saddiq membuatkan rakan-rakan Bella geli hati.
Tidak dinafikan, keabraban yang dipamerkan mereka berdua membuatkan netizen berasa senang hati.
‘Dah cukup ke vitamin BASS (Bella Astillah & Syed Saddiq)?’
Rata-rata netizen menyatakan puas hati apabila melihat video tersebut ekoran kemesraan yang ditunjukkan mereka.
Sebelum ini, aktres berusia 31 tahun itu memilih untuk mengubah gaya hidupnya yang lebih sihat selepas Saddiq menasihatinya supaya mendapatkan tidur yang cukup untuk memiliki badan yang lebih sihat.
Sumber: TikTok