Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengubah gaya hidupnya yang lebih sihat semenjak dipengaruhi oleh ahli politik, Syed Saddiq.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Suap Bella Astillah Mi Siput, Netizen Tak Jemu Tengok – ‘Kahwin Je La, Lenguh Dah Senyum’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah ‘Prank’ Rebah, Syed Sadiq Dipuji ‘Gentleman’ Cepat Membantu
Kepentingan tidur yang cukup
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendedahkan sebelum ini dia sukar untuk mendapatkan tidur yang lebih awal.
Sejujurnya, selepas balik dari Sabah, saya sudah cuba minum air putih dan tidur lebih lama. Kalau dahulu saya tidur hanya beberapa jam tetapi sekarang saya tidur lima ke enam jam.
Saya nak sangat ikut (rutin tidur) cuma kadang kala masa tidur saya akan lari sedikit antaranya sebab buat kuih raya.
Saddiq kemudian menasihati Bella supaya mendapatkan tidur yang cukup untuk memiliki badan yang lebih sihat.
Masalah Bella, dia kadang-kadang hanya tidur tiga ke empat jam sahaja. Tak guna bersenam tapi tidur tak cukup.
Dulu saya macam Bella juga, tetapi berubah selepas ditegur oleh doktor dan membuat sedikit kajian. Kita jaga senaman, baca buku dan amalkan gaya hidup sihat tetapi tak cukup tidur, jadi yang lain akan ‘hancur’.
Minimum kena tidur enam jam, ideal adalah tujuh ke lapan jam.
Nak jumpa pengarah
Dalam pada itu, aktres berusia 31 tahun tersebut berkata, sebagai seorang pelakon dia perlu mengikut jadual penggambaran yang disediakan pihak produksi.
Untuk pelakon seperti saya pula, bagaimana? Kami selalunya akan selesai penggambaran jam 1 pagi.
Perkara tersebut telah menyebabkan Ahli Parlimen Muar itu berasa kurang senang berikutan ia mengganggu waktu tidur.
Saddiq malah menyatakan mahu bertemu dengan pengarah untuk membincangkan tentang hal berkenaan.
Kenapa habis pukul 1 pagi? Saya perlu bercakap dengan pengarah awak, itu tak betul. Bahkah bukan untuk pengarah awak sahaja, nanti orang kata saya ‘bias’ kepada Bella pula.
Pada saya tak adil, mana boleh mula awal pagi kemudian awal pagi keesokkan harinya pula baru selesai.
Awak ada keluarga dan anak-anak juga, ‘sleep hygine’ sangat penting.
Sumber: TikTok