Pelakon dan pengacara, Imran Aqil memegang pesanan isteri tercinta dalam menjawab sebarang isu sensitif dalam rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Titip Ucapan Romantik Buat Dahlia Sempena ‘Anniversary’ Pertama – ‘Terima kasih Jadi Pasangan Yang Sekufu’
Artikel Berkaitan: Imran Aqil Berpada-Pada Tayang Kebahagiaan Rumah Tangga, Gembira Isteri Hadiahkan Motor Idaman
Pesanan isteri
@remaja.my Pada masa sama, pelakon Imran Aqil memaklumkan isteri tercintanya meminta dirinya agar berhati-hati apabila menjawab mengenai hal rumah tangga terutama isu berpoligami.. #remaja #majalahremaja #remajamalaysia ? original sound – Remaja
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama lengkap Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin akui kes-kes rumah tangga yang terjadi sedikit sebanyak memberi bebanan kepadanya.
Menurut Imran, Dahlia sering mengingatkan untuk tidak tersilap langkah.
Saya rasa agak terbeban sebab sekarang ini isu rumahtangga banyak sangat.
Isteri saya pun ingatkan untuk jawab soalan berhati-hati.
Wanita idaman
Berkongsi lebih lanjut, Imran bersyukur dengan rezeki yang semakin melimpah selepas mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun itu turut meluahkan keterujaannya dapat mengahwini Dahlia.
Saya bersyukur dapat berkahwin dengan wanita idaman saya.
Daripada umur saya 17 ke 18 tahun. Tapi masa itu saya rasa sangat kerdil untuk mendekati Dahlia.