berita

[VIDEO] Tahun Ni, Pertama Kali Faiz Dapat Rasai Takbir Raya. Sebaknya!

May 31st, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Siapa setuju, perkara yang paling syahdu di pagi raya adalah bila dengar takbir raya. Kita yang dapat mendengar dan sama-sama melaungkan takbir raya ni memang bertuah. Tapi, ada orang yang tak dapat merasai dan menghayati alunan takbir yang berkumandang ni.

Samalah macam apa yang Faiz rasakan saban tahun. Korang nak tahu kisah raya Faiz? Meh kami ceritakan..

Tapi raya tahun ini istimewa sikit untuk Faiz apabila…

Faiz ni adalah kanak-kanak yang dilahirkan dengan kelainan pendengaran. Walaupun tak pernah mendengar azan, khutbah dan takbir raya, tapi setiap tahun dia memang tak pernah miss ikut ayahnya pergi ke masjid untuk solat sunat Hari Raya dan bertakbir.

Kalau sebelum ni Faiz hanya ikut je apa yang orang buat bila di masjid, tapi tahun ni, raya Faiz lain sikit dan extra special. Korang nak tahu tak kenapa? Haa..jom tengok dulu video ni..

Sebak, tapi dalam masa yang sama, seronok bila tengok Faiz boleh sama-sama mengalunkan takbir raya dan berkongsi perasaan yang sama dengan orang sekelilingnya.

Raya lebih indah, syahdu dan bermakna bila dapat dirasai..

Tahun ni, Faiz dan golongan kelainan pendengaran dah boleh bertakbir dan merasai keindahan takbir raya buat pertama kali dengan berita gembira yang Maxis nak kongsikan ni!

Kalau korang nak tahu, baru-baru ini, Maxis telah mencipta sebuah aplikasi mudah alih iaitu Deria Takbir yang membolehkan golongan kelainan pendengaran ni merasai takbir raya melalui visual dan getaran. Maxis juga telah bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) untuk mendalami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh komuniti kelainan pendengaran, dan mendapatkan nasihat serta pandangan dari Pegawai Hal-Ehwal Islam dan Imam Masjid Ara Damansara, Uztaz Mohammad Khairul Mohd Lias.

Aplikasi ni memang mudah digunakan dan boleh diakses melalui smartphone. Aplikasi Deria Takbir ni berupaya menukar gelombang bunyi secara langsung kepada corak visual ‘cymatic’ dan getaran ‘haptic’, yang membolehkan pengguna merasakan irama serta menghayati takbir raya.

Ini caranya untuk menggunakan aplikasi Deria Takbir..

Oh ya, aplikasi Deria Takbir ni boleh dimuat turun di App Store mulai 24 Mei 2019 dan di Play Store mulai 31 Mei ini! Ikuti langkah ni untuk cara-cara menggunakannya:

  • Muat turun aplikasi Deria Takbir dari App Store
  • Aktifkan penggunaan mikrofon di telefon pintar korang bagi mengesan bunyi Takbir Raya di sekitarnya
  • Aplikasi Deria Takbir akan menukarkan gelombang bunyi secara langsung kepada corak visual ‘cymatic’ dan getaran ‘haptic’, yang mengikuti irama dan melodi takbir raya

Hari Raya kan sinonim dengan hari kemenangan, kesyukuran serta kegembiraan, jadi seelok-eloknya semua ni dapat dikongsi dengan semua. Begitu juga Maxis yang berusaha untuk berkongsi keindahan takbir raya dengan semua dan berusaha menukar perayaan biasa kepada pengalaman yang lebih bermakna, dengan membuka peluang dan potensi teknologi serta memudahkannya untuk diakses oleh semua orang, termasuklah mereka yang tidak boleh mendengar.

Indah kan, takbir raya bila dapat dirasai dan dikongsi? Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Deria Takbir, korang boleh layari www.maxis.com.my/deriatakbir

SKIP THIS AD ×