Meskipun masih berdepan dengan konflik rumah tangga, itu tidak menghalang pelakon, Puteri Sarah Liyana untuk berhubung dengan suaminya yang juga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Enggan Buang Masa, Nak Fokus Kerjaya – ‘Saya Nak Fly High’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Tak Hadir, Mahkamah Bantah Permohonan Nak Lanjut Perintah Injuksi
Demi anak-anak
Menurut Puteri Sarah, dia dan Syamsul ada berhubung ketika Hari Raya Aidilfitri yang lalu untuk menguruskan hal berkaitan anak-anak.
Sarah juga mendedahkan dia dan Syamsul sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya perkara itu melibatkan cahaya mata mereka.
Syamsul dapat beraya dengan anak-anak, tiada masalah. Dia ada hubungi saya untuk berjumpa dengan anak-anak dan mula beraya bersama mereka pada hari raya keempat sebab saya ada ‘shooting’.
Tiada langsung masalah yang timbul setiap kali melibatkan anak-anak kerana kami sangat fleksibel mengenai perkara itu.
@ohbulanofficial Replying to @LadyyQueenz ? Semoga segala urusan Puteri Sarah dipermudahkan.. ??#ohbulan #fyp #news #PuteriSarah ? original sound – OHBULAN!
Puteri Sarah berkata demikian ketika sebutan pertama bagi kes injuksi yang difailkan Syamsul Yusof ke atasnya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada pagi Khamis.
Syamsul memfailkan perintah injuksi terhadap Puteri Sarah untuk menghalangnya daripada mengeluarkan atau memberikan sebarang kenyataan di luar mahkamah pada 28 April lalu.
Untuk rekod, kes perceraian pasangan itu masih berjalan di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Perseketuan berikutan pada 18 April lalu Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap Ira Kazar, manakala pengarah tersebut juga meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.
Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi. Susulan itu, Puteri Sarah nekad memfailkan tuntutan cerai selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, awal tahun ini.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.