Pelakon, Puteri Sarah Liyana memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkembangan kes perceraian rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof yang kini masih dalam proses mahkamah.
Artikel Berkaitan: Kenyataan Beraya Dengan Syamsul Diputar Belit Blogger Tempatan, Syafiq Yusof Kesal – ‘Saya Akan Ambil Tindakan’
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Hidup Mu Tidak Bahagia, Selagi Itu Ku Tidak Tenang’ – Patimah Ismail
Fly high
Bagaimanapun, ketika ditemui Oh Bulan!, pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin berkata, dia hanya mengharapkan yang terbaik pada sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang bakal berlangsung esok, 25 Mei.
Malah, dia menyerahkan segalanya kepada keputusan pihak mahkamah.
Saya harapkan yang terbaik esok, itu yang sentiasa saya harapkan daripada dulu lagi.
Kalau boleh saya dah tak nak komen lagi, hari tu pun saya dah nangis, saya dah tak nak cakap apa-apalagi.
Saya nak move on, banyak benda lain lagi yang saya nak buat dalam hidup saya.
Saya akan serahkan segala keputusan kepada pihak mahkamah.
Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama lakonan terbaharunya berjudul Hijrah Jannah yang diadakan di Pavillon, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dirinya tidak mahu lagi memikirkan tentang masalah rumah tangga, sebaliknya ingin fokus dan menyibukkan diri dengan kerjaya seninya.
Saya nak terbang tinggi sekarang ini, esok pun selepas mahkamah saya akan terbang ke Indonesia untuk beberapa projek di sana.
Busy is good, kisah hidup saya yang lama saya akan tutup. Ramaadan hari tu sudah habis.
Saya mulakan hari raya yang bahagia dan happy. Saya tidak mahu membuang masa lagi. Terlalu lama saya membuang masa.
Terdahulu, Syamsul yang juga pengarah popular enggan melafazkan cerai terhadap Sarah dan prosiding diteruskan dengan laporan JKP di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei ini.
Untuk rekod, Syamsul dan Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.