berita

[VIDEO] Tak Bayar Sewa 3 Bulan, Penyewa Selamba Tukar Ibu Kunci Baru, ‘Kurung’ Owner Dalam Rumah

April 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tak dapat dinafikan, menjadi pemilik rumah sewa bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini kerana, banyak ragam penyewa yang akan ditemui. Ada penyewa baik dan ada juga yang sebaliknya.

Inilah yang terjadi kepada pemilik rumah sewa ini apabila dia telah dikunci oleh penyewa di rumahnya sendiri gara-gara penyewa tersebut tidak mampu membayar sewa.

Tuan rumah pula kena kunci

Kisah itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok, Kamil Hakimi. Berdasarkan penjelasan dari video yang viral itu, wanita berkenaan mengaku bahawa dia adalah pemilik rumah sewa berkenaan. Jelasnya wanita ini lagi, dia telah tinggal di rumah tersebut dan dalam masa yang sama dia juga telah menyewakan bilik dirumahnya itu kepada individu lain. Tetapi penyewa yang tidak bertanggungjawab itu dikatakan sudah tidak membayar sewa bilik selama tiga bulan.

Difahamkan, barangan milik individu itu juga masih ada di rumah tersebut dan pada waktu pagi ketika wanita ini pergi bekerja, individu terbabit telah kembli semula ke rumah tersebut untuk mengambil barangannya. Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui langsung tidak mengesyaki apa-apa kerana selepas pulang dari kerja dia mendapati pintu pagar rumah itu masih menggunakan ibu kunci yang lama.

Tetapi pada keesokan harinya, dia terkejut melihat ibu kunci sudah ditukarkan kepada yang baharu sehingga membuatkan dia tidak boleh keluar rumah. Susulan daripada itu, wanita ini telah menghubungi pihak bomba untuk membantu membuka pintu yang ‘terkunci’ itu. Wanita ini mengesyaki bahawa penyewa tersebut telah menukarkan ibu kunci pada waktu malam ketika dia sedang nyenyak tidur.

Bahaya betul penyewa macam ni

@kimiechannelOwner rumah dikunci oleh penyewa disebabkan tak dapat bayar sewa. Bahaya sekarang ni gaiss.! #abangbomba #bombamalaysia #youtubermalaysia ##fyp #fyp?? orijinal ses – ponciklendin

‘Macam-macam perangai’

Sumber: Kamil Hakimi

SKIP THIS AD ×