berita

[VIDEO] Tak Cukup Satu, Sempat Patah Balik ‘Curi’ Beg

October 3rd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Malang nasib dua jemaah wanita apabila beg tangan mereka dilarikan oleh seorang lelaki ketika sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Jawahir, Pengkalan Balak, Alor Gajar.

Beg tangan dilarikan

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6.25 pagi, dan suspek bertindak mengambil beg tangan milik seorang mangsa berusia 55 tahun yang sedang dalam rukuk solat tahiyyat akhir ketika itu. Beg tersebut diletakkan bersebelah dengannya ketika itu, dan suspek turut sempat mengambil lagi satu beg tangan milik jemaah wanita yang berada di sebelahnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, mangsa yang terkejut dengan kejadian tersebut bertindak menjerit bagi meminta tolong para jemaah yang lain.

Sempat melarikan diri

Suspek sempat melarikan diri menaiki Toyota Vios berwarna putih bersama rakannya yang memandu kereta tersebut. Beg tangan mangsa dipercayai mengandungi kad pengenalan, kad bank serta serangkai kunci rumah.

Pihak polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan bagi mengenal pasti identiti suspek. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Sumber: Utusan

SKIP THIS AD ×