berita

[VIDEO] Tak Dan Nak Meniaga Apa, Habis 30 Khemah Terbang, Berselerak Habis Makanan Atas Jalan!

March 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Komuniti Kepala Batas

Semalam, di Kepala Batas, Pulau Pinang, telah berlakunya kejadian ribut yang telah menerbangkan hampir 30 khemah peniaga jalanan di Jalan Bertam. Video kejadian tersebut telah tular di media sosial dan meraih simpati daripada warganet.

Menerusi video berdurasi lebih kurang dua minit itu, memaparkan barang-barang dan peralatan peniaga telah diterbangkan oleh angin. Pada masa yang sama, dapat dilihat khemah-khemah yang digunakan telah rosak susulan insiden ribut itu. 

Peniaga terkesan

Lapor Sinar Harian, kejadian tersebut yang berlaku kira-kira jam 5 petang, telah menyebabkan banyak barang serta peralatan yang digunakan oleh peniaga bertaburan di atas jalan raya. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku dengan begitu pantas selepas satu minit kawasan itu dibadai angin kuat.

Menurut salah seorang peniaga dikenali sebagai Wan Mohd Mustaqim Wan Azizan, ketika kejadian dia baru sahaja sampai di rumah sebelum isterinya memberitahu tentang kejadian itu.

Saya pulang sekejap ke rumah sebelum isteri menghubungi saya memberitahu tentang kejadian ribut. Bila sampai semua dalam keadaan kelam-kabut dengan kelihatan peniaga bergegas mengutip barang dan membersihkan tempat jualan masing-masing.

Jelasnya lagi, insiden yang berlaku semalam, merupakan kejadian ribut yang paling memberi kesan terhadap peniaga di situ kerana kesemua barang niaga miliknya telah rosak.

Kami berniaga di kawasan ini sudah dua tahun dan pernah beberapa kali kejadian ribut berlaku. Walaupun terpaksa menanggung rugi, namun saya bersyukur isteri dan pekerja selamat.

Foto kejadian

Foto: Komuniti Kepala Batas

Sumber: Komuniti Kepala Batas & Sinar Harian

SKIP THIS AD ×