berita

[VIDEO] Tak Dapat Hidup Selamanya Dengan Ibu, Reaksi Spontan Kanak-Kanak Ini Undang Sebak

June 25th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Terbaru, reaksi spontan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang sebak selepas menonton satu rancangan di televisyen telah menarik perhatian netizen.

Sebaknya…

https://www.instagram.com/p/CBhItkMg622/

Menerusi video 0:51 saat yang dikongsikan oleh Caitlin Fladager memberitahu ketika itu dia dan anak lelakinya sedang menonton satu rancangan di televisyen yang memaparkan satu watak yang sudah tidak tinggal bersama ibu bapanya. Jack kemudian bertanya kepada ibunya mengapa kejadian seperti itu boleh berlaku.

Sebagai seorang ibu, Caitlin cuba menjelaskan kepada Jack bahawa apabila anak-anak sudah meningkat dewasa, mereka akan berpindah keluar daripada rumah dan menjalani kehidupan sendiri. Tetapi tanpa disangka-sangka, Jack tiba-tiba sebak dan mengesat airmatanya selepas memikirkan kehidupan yang bakal dilaluinya kelak tanpa kehadiran ibu bapa disisi.

Reaksi netizen

Reaksi spontan kanak-kanak itu telah mendapat perhatian pengguna media sosial. Rata-rata daripada mereka turut sebak melihat tangisan anak kecil itu. Malah tidak kurang ada juga yang berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka.

Sumber: Caitalin Fladager

SKIP THIS AD ×