berita

[VIDEO] Tak Dapat Tahan Sebak, Ibu Syafie Naswip Menangis Dapat Hadiah Rumah

January 14th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Benarlah orang kata, pengorbanan dan jasa yang diberikan seorang ibu yang melahirkan anak-anak adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit. Ketabahan mereka dalam mendidik dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang cukup menyifatkan mereka sebagai insan yang hebat.

Terbaru, pelakon terkenal Syafie Naswip ada memuat naik satu video di laman Instagram miliknya yang memaparkan usahanya bersama adik beradik yang lain membuat ‘surprise’ dengan menghadiahkan sebuah rumah kepada ibu bapa mereka.

‘Surprise’ buat mak ayah

https://www.instagram.com/p/B7REOGpHNzm/

Menerusi video berdurasi 1:48 saat itu menunjukkan wanita tersebut sangat terharu sehingga menitiskan airmata. Menceritakan kisah itu, Syafie dan adiknya memberitahu agak sukar untuk memujuk ibu bapanya berpindah ke rumah lain kerana orang tua mereka itu dikatakan enggan keluar dari rumah lama di Gombak.

Tulis Syafie di kapsyen Instagram, dia telah menceritakan perjalanan dia dan adik-beradik mengumpul wang sejak tahun 2016 demi menghadiahkan sebuah rumah kepada ibu bapa mereka. Tambahnya lagi, dia amat bersyukur kerana dipertemukan dengan orang-orang baik yang banyak membantunya dalam urusan membeli rumah ini sekaligus dapat memudahkan lagi usahanya.

‘Alhamdulillah, adikku’

Perkongsian Syafie ini walau bagaimanapun telah mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya terharu dan berbangga dengan usaha yang dilakukan Syafie dan adik beradiknya untuk membahagiakan ibu bapa mereka.

Sumber: Syafie Naswip

SKIP THIS AD ×