berita

[VIDEO] Tak Kekok Layan Kanak-Kanak Sakit Kulit, Netizen Puji Eina Azman – ‘Dia Tak Kongsi Pun Dekat Instagram’

October 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Datin Paduka Eina Azman mencuri perhatian ramai orang selepas tular video kemesraan dirinya melayan kanak-kanak yang menghidap penyakit kulit serius.

Artikel Berkaitan: ‘Sedih Tengok Anak-Anak Kak Nurul Menangis Tahan Sakit’ – Eina Azman

Artikel Berkaitan: Eina Azman & Suami Tak Kisah Anak Ceburi Industri Hiburan

Melayan tanpa status

@nurfahanamie88 Takkan siakan Dia ?? karena kesempatan takkan dtg kedua kalinya ? hargai selagi semua masih Ada didepan mata ?#Alyamaisara #pesakitIchthyosis #Dalamrawatanpakar #tajaan #einaazman #fypdongggggggg #fyp? ? Hal Hebat – Govinda X Ernie Zakri

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, Eina dilihat tidak kekok mendukung kanak-kanak yang dikenali sebagai Alya Maisara.

Difahamkan, Eina dan Alya bertemu pakar kulit di sebuah klinik swasta untuk pemeriksaan penyakit ‘ichthyosis’.

Aktres berumur 27 tahun itu turut membawa anak kecil itu bersiar-siar di sebuah pusat membeli belah.

Menerusi kapsyen yang ditulis, ibu kepada Alya memuji dengan sikap rendah diri pemilik nama Ainur Syakina Azman.

Insan yang sangat merendah diri. Membantu tanpa balasan. Melayan tanpa status.

Begitu juga dengan bonda yang sangat baik melayan kami yang bukan siapa-siapa. Begitu hebat didikan bonda hingga dapat anak yang sebaik Eina.

Terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah permudahkan segala urusan datin dan keluarga.

Dah la cantik, baik pula

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan ibu kepada dua cahaya mata ini yang tidak gemar menayang di media sosial.

Di samping itu, netizen turut mendoakan kesembuhan adik Alya agar dapat aktif seperti kanak-kanak yang lain.

Sumber: TikTok @nurfahanamie88

SKIP THIS AD ×