Kebangkitan pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia sehingga memperoleh pingat gangsa di Olimpik 2024 semalam telah menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Telatah Alisa ‘Excited’ Tengok Lee Zii Jia Beraksi Di Olimpik Cuit Hati Netizen – ‘Patut Menang, Ada Penyokong Kuat Dekat Malaysia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lee Zii Jia Menangis, Persoal Silap Yang Dilakukan Selepas Nama Sering ‘Dipetik’ & Dikecam
Tetap wakili tanah air
@kobeh988 our bronze medalist, Lee Zii Jia ???? #leeziijia #paris2024
Terbaharu, tular semula temu bual Zii Jia dipercayai pada tahun 2022 bersama seorang wartawan yang mengajukan soalan tentang khabar angin berkemungkinan dia akan bermain untuk negara lain.
Ini spekulasi di media sosial, yang awak mungkin akan main untuk negara lain..bendera lain di dada awak. Ada pernah terfikir tak?
Bagaimanapun, bekas juara All England 2021 itu tetap dengan pendiriannya iaitu akan terus mewakili tanah air tercinta walau apa pun yang berlaku.
Ketika saya menghantar surat peletakan jawatan itu, saya sudah bersedia dengan perkara yang paling teruk akan berlaku iaitu selama dua tahun tidak akan bersaing dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.
Tapi saya tak pernah terfikir untuk tukar kerakyatan atau main untuk negara lain. Tak pernah.
Tak kira apa yang berlaku, saya tetap akan wakili Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu mendengar kenyataan Zii Jia dan sangat berbangga dengan pencapaiannya di gelanggang antarabangsa itu.
Bangga sangat dengan Zii Jia, terima kasih untuk semuanya dan terima kasih kerana mewakili Malaysia.
Walaupun dia terasa dan sedih sangat tentang berita yang buatkan dia rasa lemah, tapi dia tetap bagi pingat untuk Malaysia. Terima kasih Zii Jia.
Dulu ingat dia nak main dengan negara lain, risau juga. Tapi hari ini dengar sendiri yang dia tetap wakil Malaysia. Terima kasih Zii Jia.
Zii Jia merupakan penyumbang pingat yang kedua buat negara bagi temasya sukan berkenaan selepas pasangan beregu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang turut memenangi pingat gangsa menewaskan pasukan Denmark.
Sekadar info, pada tahun 2022, pemain badminton berusia 26 tahun itu menghantar surat pelatakan jawatan sebagai pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dikatakan tidak tahan dengan tekanan yang diterimanya.
Sumber: TikTok