Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli meluahkan pendapatnya berhubung kisah tular isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.
‘Salah tetap salah’
Menerusi video ringkas yang dikongsikan di Instagram, Caprice, 36, menjelaskan bahawa perilaku curang adalah satu kesalahan terutamanya kepada mereka yang masih berstatus isteri atau suami orang. Ujar penyanyi rap itu lagi, perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku meskipun individu terbabit memiliki seribu satu alasan.
Secara umum, kepada kaum lelaki dan perempuan dekat luar sana. Tak kisahlah berapa kali korang curang, tapi kalau korang masih ada status suami atau isteri orang, benda tu tetap salah. Tak kisah lah apa hal punya alasan, salah tetap salah.
Kepada sesiapa nak sebelahkan perempuan ke lelaki itu, korang semua tak faham apa hukum dalam Islam kalau curang dalam status berkahwin.
Menjengah ke ruangan komen, Caprice berkata dia tidak menyebelahi mana-mana pihak selain enggan mengulas lebih lanjut berhubung isu tular itu.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Ariz Ramli