![[VIDEO] ‘Tak Merajuklah, Saya Tetap Akan Berbakti Untuk Negara’ – Siti Nurhaliza](https://media.ohbulan.com/2025/04/TokTiTakMerajuk.jpg)

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan dirinya tidak merajuk meskipun timbulnya dakwaan beliau dibayar untuk membuat persembahan dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa lalu.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Nafi Dibayar Buat Persembahan Di Majlis KKM, Hadir Sebagai Tetamu – ‘Saya Menyanyi Atas Rela Hati’
Siti tak merajuk

Ketika ditemui OhBulan!, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin berkata, dia juga tetap akan membuat persembahan di acara rasmi yang dianjurkan kerajaan sebagai tanda penghargaan buat mereka yang telah banyak berjuang dan berjasa untuk negara.
Tak adalah (merajuk), perkara ini perkara biasa.
Saya tetap Siti Nurhaliza, dah matang dah.
Saya tahu bila mana saya perlu berbakti kepada negara dan (buat persembahan) untuk hargai orang.
Terdahulu, perkongsian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang memuat naik foto Siti serta Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah yang dijemput dalam majlis berkenaan bagi menghiburkan tetamu telah menyorot perhatian ramai.
Siti kemudiannya menjawab dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya dibayar untuk membuat persembahan pada majlis rasmi tersebut menerusi Instagram (IG).
Perjelas Siti, kehadirannya ke majlis tersebut adalah sebagai tetamu dan bukanlah sebagai artis yang diundang untuk membuat persembahan.
Saya datang ke majlis KKM sebagai tetamu dan bukan artis yang diundang membuat persembahan.
Saya menyanyi kerana mahu menghargai warga KKM, atas rela hati dan tanpa bayaran.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, penjelasan tersebut dibuat bagi memastikan tiada pihak menyebarkan fitnah yang mengaitkan dirinya.
Ciapan Dr. Dzulkefly
Salam Msia Madani ??????
Appreciate the concerns voiced. For the record, the person had graciously attended as a guest & performed without payment to honour PMX & our healthcare workers from HQ & facilities, including guests from other agencies, ministries, universities, private… https://t.co/vlukLgbbYy
— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) April 23, 2025
Sementara itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly turut mengesahkan bahawa kedua-dua artis tersebut hadir sebagai tetamu dan membuat persembahan tanpa bayaran menerusi aplikasi X.
Menurutnya, ia bagi menghormati peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pekerja kesihatan KKM dan tetamu lain yang merupakan sebahagian daripada ekosistem penjagaan kesihatan negara.








