Sejak drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini ditayangkan di saluran TV3, ramai penonton seakan-akan tidak sabar menanti pengakhiran drama ini. Bukan setakat itu sahaja, setiap kali apabila berakhirnya sesuatu episod, pasti mereka akan ‘beremosi’ sampai ada yang meluahkan rasa geram di media sosial masing-masing. Hebat juga penangan drama ini!
Terbaru, netizen telah memuji karakter Helmi kerana dia telah menggunakan pendekatan dengan bercakap jujur dan ‘slow talk’ bersama ibunya, Mak Leha.
Memang terbaik lah Helmi
Helmiiii ??? yang mak leha ni tak reti bersyukur ke dapat sofi yang sebaik baik umat tu ish geram pulak tengok watak dia ni #7harimencintaiku2 pic.twitter.com/5XxzvDonjP
— Nadyyy (@NadianaNatasha) August 7, 2020
Menerusi video sedutan episod 27 yang dimuatnaik Nadiana Natasha memaparkan, Helmi iaitu adik Khuzairi sedang meluahkan perasaan yang dipendamnya selama ini kepada Mak Leha. Walaupun Helmi sudah berkahwin dengan Sofie, tetapi Mak Leha masih berdegil mahu ‘memperkenalkan’ anak lelakinya itu bersama Rafidah.
Mak Leha beranggapan bahawa Helmi seakan tidak bahagia hidup dengan Sofie kerana sehingga sekarang mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Mengetahui situasi itu, Helmi kemudian berbincang dengan Mak Leha dan memberitahu perasaannya terhadap isteri, Sofie sangat mendalam dan dia kini hidup bahagia walaupun tidak dikurniakan rezeki lagi untuk memiliki zuriat.
Komunikasi itu penting
Wah, bukan main lagi!
Karakter yang dibawakan Helmi dalam episod 27 ini sememangnya berjaya menarik perhatian netizen. Mereka memuji keberanian Helmi berbincang dan menolak ‘pelawaan’ Mak Leha. Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan mereka turut membandingkan sikap Helmi dan abangnya, Khuzairi. Ada juga yang tidak berpuas hati kerana Khuzairi tidak berani seperti Helmi yang telah ‘melawan’ permintaan Mak Leha. Menurut mereka, komunikasi adalah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Sumber: Nadiana Natasha