Pelakon dan pengacara Ain Edruce berkongsi berita sedih memaklumkan dirinya mengalami keguguran ketika hamil anak kedua.
Artikel Berkaitan: ‘Muka Soraya Jadi Biru, Amirul Kata Macam Dah Tak Boleh Selamatkan’ – Ain Edruce
‘Tak ada rezeki Soraya nak adik lagi’
Menerusi hantaran di Instagram, Ain atau nama sebenarnya Ain Syafiqah Edruce berkongsi momen selepas dirinya memberitahu suami, Amirul Hafiz dan keluarga tentang kehamilannya.
Simpan sini buat kenangan. Tak ada rezeki Soraya nak adik lagi.
Lebih meruntun hati apabila melihat reaksi anak sulungnya, Soraya yang pada awalnya gembira selepas dimaklumkan bakal mendapat adik namun reda apabila mengetahui keadaan yang menimpa ibunya.
Soraya paling happy. Asyik cium perut aku je.
Time ni aku bagitau Soraya “no more baby adik”. kita orang dua-dua nangis. Soraya cakap kat aku, “Its okay later Allah give new baby adik”
Sementara itu, Ain memberitahu dia mengalami pendarahan yang teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital di bahagian kecemasan.
Betul lah orang cakap sakit gugur tu lagi sakit dari bersalin. Waktu ni aku pendarahan non stop. Dari rumah sampai emergency. Tak penah aku rasa sakit macam ni dalam hidup aku.
Ubat Painkiller paling kuat pun tak dapat fight betapa sakitnya aku time ni.
Sekadar info, Ain telah sah bergelar isteri kepada suaminya yang merupakan seorang usahawan, Amirul Hafiz Mustaffa, pada Disember 2019 lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia tiga tahun.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Ain Edruce