Di Instagram, bekas penyampai radio terkenal, Linda Onn berkongsi momen gembira apabila dapat berjumpa semula dengan tukang cuci yang berkerja di stesen radio berkenaan.
Dapat lepas rindu
Mula Linda on air pukul 10 pagi. Time tu juga ayie (Linda panggil dia ayie) dia masuk untuk sapu studio, lap gelas, lap meja, vacuum sampai terbersin bersin Linda jadinya.
Dan setiap kali tu juga kita berkongsi cerita. Ayie bukan saja cleaner di situ. Dia ada restoran. Tapi dia nak kerja sebab dia suka kerja. Cakap je negara mana dia tak sampai, satu dunia dia dah round. Bila sampai, jumpa Ayie sungguh dapat lepas rindu.
Menerusi video yang dikongsikan, Linda kelihatan memeluk erat warga emas yang berbangsa Cina itu. Menurut Linda, dia sangat merindui wanita itu yang mesra disapa sebagai Ayie. Ujar Linda, Ayie turut memiliki perniagaan sendiri dan sempat berkongsi nasihat kepadanya.
Tadi Ayie nasihat Linda teruskan meniaga. Walaupun untung sikit, untung kecil teruskan. Jangan untung besar tapi pening kepala, susah hidup. Love u, Ayie. Tak pernah sekali Linda pandang dia sebagai cleaner. Dia adalah teman. Teman yang tak pernah jemu dengan Linda. Dia adalah teman Linda berbual di studio dulu.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Linda Onn