berita

[VIDEO] Tak Pernah Tinggal Solat Masa Shooting, Netizen Puji Fattah Amin..Untung Fazura!

May 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Di TikTok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Hafiz Nassir berkongsi sebuah video di mana pelakon, Fattah Amin sedang menunaikan solat. Menurut lelaki tersebut, suami kepada Fazura ini tidak pernah tinggal solat meskipun sedang sibuk di set penggambaran.

Tabik buat Fattah

Video pendek tersebut menunjukkan Fattah sedang khusyuk menunaikan solat meskipun dia dipercayai sibuk dengan jadual penggambaran. Kagum melihat sikap Fattah yang mengutamakan solat terlebih dahulu berbanding kerjaya, Hafiz berharap masyarakat di luar sana dapat menjadikan Fattah Amin sebagai contoh. Hafiz turut meluahkan rasa kagum terhadap pelakon tersebut.

Keluarga yang beragama

Memang dia dari keluarga yang beragama, tengok emak dia. Dia memang layak buat Fazura dan boleh didik Fatimah kelak.

Didikan mak ayah dia bagus daripada kecil. Bila dah besar, dia tahu perkara mana yang wajib dan harus dilakukan terlebih dahulu.

Nampak biasa di luaran, tapi dalamannya luar biasa, untung Fazura dapat suami macam Fattah.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Fattah. Menurut netizen, ibu dan ayah Fattah berjaya mendidik anak mereka dengan baik sekali. Bahkan, Fazura beruntung kerana memiliki suami yang menjaga solat.

Sumber: Hafiz Nassir

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×