berita

[VIDEO] Tak Puas Hati Isu Perniagaan, Dua Wanita ‘Viral’ Bergaduh Di Pantai Merdeka

June 21st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan satu kejadian bergaduh dipercayai melibatkan seorang remaja dengan peniaga di kawasan peranginan Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah.

Tak puas hati isu perniagaan

Menerusi laporan Kosmo, pertengkaran tersebut berlaku sekitar 6 petang dan dalam kejadian, seorang remaja berusia 18 tahun dipercayai bergelut dengan peniaga wanita berusia 23 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kening kanan. Kecederaan itu berlaku kerana mangsa dikatakan telah diserang menggunakan kunci kereta.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, insiden itu dipercayai berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berkaitan perniagaan yang diusahakan mereka. Ketika kejadian, mangsa sedang membantu kakaknya berniaga barang mainan kanak-kanak di sebuah gerai di situ.

Suspek yang merupakan seorang operator kilang sebelum itu menemui mangsa dan berlaku pertengkaran antara mereka.

Mangsa dikatakan diserang menggunakan kunci kereta sehingga mengakibatkan kecederaan pada kening kanan selain mengadu sakit pada badan kerana terjatuh akibat ditolak suspek.

Tambah Zaidy Che Hassan lagi, orang ramai yang berada di kawasan itu berjaya meleraikan pergelutan dan mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.

Video

Sumber: Kosmo, TikTok IeraBeauty

SKIP THIS AD ×