berita

[VIDEO] Tak Puas Hati Kena Hon Punya Pasal…

June 22nd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

 

Sejak kebelakangan ini, kes buli di jalan raya dilihat semakin menjadi-jadi sehingga mengundang kepada pergaduhan dan kematian. Golongan tidak bertanggungjawab ini sering menimbulkan ‘masalah’ kepada pengguna jalan raya yang lain.

Terbaru, viral di media sosial mengenai satu video yang dipercayai berlaku angkara ‘pembuli’ jalan raya.

Kereta dihimpit

Menerusi video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Ford yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara Malaysia telah bertindak menghimpit dan memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba di hadapan kenderaan lain.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Persiaran Surian, Kota Damansara iaitu berdekatan dengan stesen minyak Shell. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pengadu telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan mendakwa dirinya menjadi mangsa buli jalan raya.

Suspek tidak puas hati

Menurut pengadu, sebaik sahaja keretanya dihimpit, dia telah membunyikan hon berkali-kali tapi tanpa disangka-sangka tindakannya itu telah membuatkan suspek tidak puas hati. Dalam situasi yang tegang itu, suspek dilihat keluar daripada kenderaannya dalam keadaan marah sebelum mengarahkan pengadu keluar.

Suspek turut cuba membuka pintu kenderaan mangsa namun tidak berjaya. Mangsa kemudian terus memandu ke Balai Polis Kota Damansara untuk membuat laporan.

Sementara itu, pihak polis kini masih mengenalpasti punca sebenar kejadian dan sedang mengesan suspek.

Buat masa ini siasatan dijalankan atas kesalahan trafik mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana didapati memandu secara melulu.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian, Facebook

SKIP THIS AD ×